Thursday, December 30, 2010

Penantian 14 Tahun Berakhir


Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2.

Resigzed ImageKlik Di Sini Untuk Zoom


Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009.

Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi.

Isu laser yang sering diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit kepada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya.

Ia bermula apabila Indonesia memperoleh sepakan sudut pertama pada minit kelapan diikuti ketika sepakan percuma pada minit ke-12 dan satu lagi sepakan sudut seminit kemudian.

Namun, Khairul Fahmi membuktikan dirinya tidak selembik penjaga gol Indonesia, Markus Harison yang 'alah' dengan pancaran laser ketika aksi final pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Permainan hampir berubah menjadi milik Indonesia apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-18 setelah bola terkena tangan Sabre Mat Abu ketika berlaku pergelutan di depan pintu gol.



Safee Penjaring Terbanyak



Penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali mengakui yang dia tidak menyangka akan membawa pulang trofi selaku penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010.

Safee, 26, gagal menjaringkan sebarang gol ketika aksi peringkat kumpulan di sini dari 1 hingga 7 Disember lalu.

Namun, penyerang Selangor kelahiran Kajang itu meledak dua gol ketika separuh akhir pertama menewaskan Vietnam 2-0 dan dua gol ketika final pertama menewaskan Indonesia 3-0 di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Pada final kedua di sini malam tadi, Safee memastikan gelaran penjaring terbanyak menjadi miliknya apabila menjaringkan satu gol biarpun Malaysia tewas 1-2.

“Sepanjang sebulan kejohanan ini, saya sentiasa berusaha keras untuk meningkatkan prestasi.

“Apa pun, ini semua terhasil menerusi usaha dan kerjasama sepasukan yang telah membantu saya menjaringkan lima gol sepanjang kejohanan ini,” kata Safee pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Safee kini berstatus peledak paling berbisa di Asia Tenggara mengetepikan penyerang Indonesia, Cristian Gonzales yang sekadar mengumpul tiga gol di tempat kedua senarai penjaring terbanyak.

Bagi anugerah pemain paling bernilai (MVP) untuk kejohanan kali ini, ia menjadi milik kapten Indonesia, Firman Utina biarpun dia gagal menyempurnakan sepakan penalti malam tadi.

Firman membawa pulang wang tunai berjumlah AS$10,000 (RM30,951).

Sementara itu, selaku juara, Malaysia berjaya meraih wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM309,510) manakala Indonesia yang menjadi naib juara menerima habuan AS$50,000 (RM154,755).

Sepanjang lapan edisi kejohanan, hanya empat pasukan pernah bergelar juara iaitu Thailand, Singapura, Vietnam dan terbaru Malaysia




'Pandai' btui AFF pilih Pemain Paling Bernilai ...

Resigzed ImageKlik Di Sini Untuk Zoom








Info Menarik :




Tak Pernah Berlaku Dalam Sejarah..Pemain Terpaksa Dibawa Masuk Ke Stadium Menggunakan Kereta Perisai...
Resigzed ImageKlik Di Sini Untuk Zoom



Resigzed ImageKlik Di Sini Untuk Zoom





Antara 9000 Polis yg brtugas



Antara Provokasi penyokong Indonesia turut mengaitkan watak Upin & Ipin




Demonstrasi Provokasi




Malas nak kata apa2..

No comments: