Friday, July 11, 2008

Taman Haiwan Creative

26 Tahun Baru Nak Basuh Rambut!!!!

Petronas

PETRONAS berada pada kedudukan kelapan syarikat paling untung di dunia tahun lalu dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune.

Di Asia pula, ia muncul syarikat paling untung, mengambil tempat pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota Motor dari Jepun, yang mendahului senarai itu pada 2006.

Dalam senarai keseluruhan Fortune Global 500 yang menyenaraikan 500 syarikat terbesar dunia berdasarkan jumlah pendapatan pula, Petronas berada di kedudukan ke-95.

Di kalangan syarikat Asia, Petronas yang meraih pendapatan dalam nilai dolar Amerika Syarikat AS$66.218 bilion dan keuntungan AS$18.118 tahun lalu, berada di kedudukan ke-16 senarai berkenaan.

Serah Kuasa


BAKAL PENGGANTI... Abdullah Ahmad Badawi menepuk bahu Najib Tun Razak selepas mengumumkan timbalannya itu sebagai penggantinya pada 2010 dalam sidang akhbar di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

Awat serah kuasa pada Najib???

tak sesuai langsung..

seorang pengganti tu sepatutnyer clean..

bersih dari sebarang kes..

ni tengah huru hara ngan kes bunuh, lagi mau bagi kuasa pada dia ker???

ramai ler yang mati kene letup nanti...

Saturday, July 5, 2008

Alhamdulillah, Tahniah Kedah

(click on picture for enlarge)

Sungai Petani: 3 Julai
- Alhamdulillah, itu saja ucapan yang mampu diucapkan apabila kali pertama terpandang sebuah billboard baru di hadapan Kompleks SP Plaza di sini petang tadi. Kenalkah wajah siapa yang dipamerkan pada billboard di atas. Tidak lain dan tidak bukan itulah imej terbaru Cik Farah Fauzana, penyampai radio terhangat di Malaysia. Imej menutup aurat personaliti wanita terkenal itu turut diperlengkap lagi dengan tulisan jawi pada papan iklan tersebut.