Saturday, July 10, 2010

Sotong ramal Sepanyol juara, Jerman ketiga

BERLIN – Sotong Paul yang menghangatkan Piala Dunia 2010 dengan ramalan-ramalan keputusan perlawanan yang tepat telah meramalkan Sepanyol akan mengalahkan Belanda dalam final Piala Dunia Isnin ini.

Paul memilih Sepanyol tadi di stesen TV di Eropah. Sotong yang terkenal di dunia ini dilihat duduk di tangki yang ditandai dengan bendera Sepanyol hanya beberapa minit sebelum menyambar kerang dan memakannya, dan tidak ambil kisah tangki Belanda . Ini menunjukkan kemenangan Sepanyol dalam perlawanan final Piala Dunia.


Paul yang dikenali sebagai nujum Piala Dunia ini juga digelar sotong goreng tepung (perminat dari Malaysia la ni), sotong salai,sotong bakar oleh peminat fanatik pasukan yang kalah. Paul telah meramalkan dengan tepat 6 perlawanan sebelum ini.

Beliau juga meramalkan bahawa Jerman akan menang atas Uruguay dalam perlawanan hari Sabtu untuk tempat ketiga dan keempat.

Video ramalan perlawanan akhir Belanda VS Sepanyol oleh sotong Paul di bawah

Manakala seekor burung kakak tua di Singapura yang bernama Mani pula meramalkan Belanda akan memenangi final Piala Dunia ini pula dan memilih Jerman tempat ketiga.

No comments: