Friday, July 16, 2010

Harga teh tarik naik 1.25 sen?

Harga bagi teh tarik - minuman paling popular di Malaysia, sepatutnya hanya naik 1.25 sen segelas berikutan pengurangan subsidi harga gula sebanyak 25 sen. Harga baru teh tarik itu mengambil kira kesan pengurangan subsidi minyak dan pelarasan harga semasa iaitu RM1.0155.

"Ini adalah anggaran sahaja - perubahan harga mungkin berbeza berdasarkan faktor lain," kata kenyataan mengenai rasionalisasi subsidi JabatanPerdana Menteri.

Kenyataan itu berkata kesan pengurangan subsidi terhadap teh tarik ialah RM0.0030, manakala untuk barangan lain ia lebih rendah,
seperti RM0.0024 untuk sekeping roti canai, RM0.0060 untuk beras,
RM0.0630 untuk daging dan
RM0.0105 untuk mi goreng.

No comments: