Monday, January 3, 2011

Melodi : Kenapa melodi fitnah maher zain?

Terima Kasih Melodi TV3, Moga Allah Memberkati Kalian

Pesan baginda Nabi Muhammad : “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”

Salam. Moga Allah memberkati kita semua. Sedikit ulasan berkenaan Melodi TV3 (2 hb Januari 2011)

Rancangan hiburan Melodi TV3 yang bersiaran pada 2 hb Januari 2011 yang menampilkan Brother Wahid dan Brother Zizan sebagai pengacara benar-benar mencuri tumpuan penonton. Mana tidaknya, permulaan tahun baru diselitkan dengan isu-su yang cukup 'matang' dan 'bermanfaat'.

Alhamdulillah, permulaan rancangan dimulai dengan laporan Anugerah Skrin yang baru sahaja berlangsung minggu lepas. Pelbagai trend pakaian yang 'islamik' ditunjukkan oleh artis dari event berkenaan. Saya amat-amat teruja dan berterima kasih kerana memperkenalkan kepada warga Muslim Malaysia inilah artis yang layak dijadikan 'contoh' oleh remaja Islam di Malaysia.

Kemudian, diselitkan pula kisah pemergian Allahyarham Faizal Yusof, seorang pelakon yang berbakat, juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana. Al-Fatihah untuk Allahyarham. Pengolahan dari kisah ini benar-benar membuatkan penonton seperti kami cukup terkesan dan mengharapkan pemergian beliau ini menjadi iktibar kepada kita yang masih hidup. Juga menjadi iktibar kepada semua artis baik penyanyi, pelakon dan wartawan hiburan (terutama wartawan Melodi) yang mati itu bukan atas faktor muda atau tua, sihat atau sakit, tetapi atas faktor ajal.

Seusai laporan mengenai Allahyarham Faizal Yusoff, terlitlah pula kisah Brother Maher Zain. Melalui wawancara yang dikeluarkan, dapat diringkaskan yang wartawan Melodi memulakan slot Sensasi Melodi dengan perkara ini :

1- Intro tag dengan satu persoalan adakah Maher Zain seorang yang tidak berdisiplin

2- Kemudian, menyatakan Maher Zain tidak ke Rancangan Nasi Lemak Kopi O pada 26hb Disember atas sebab bangun lambat

3- Seterusnya, wartawan Melodi bertanyakan adakah Maher Zain ke Malaysia untuk keuntungan semata-mata atau untuk dakwah

4- Dan slot Sensasi Melodi ini dirumuskan dengan kata-kata : "Betul atau tidak apa yang dikatakan Maher Zain, itu antara dia dan Allah"

WOW! Cukup 'hebat' soalan-soalan ini. Ini benar-benar satu 'perubahan' baru dari rancangan hiburan Melodi TV3. Amat-amat tepat dengan tagline Melodi : "Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi", dan wartawan Melodi menterjemahkan ia dalam bentuk bentuk laporan berita untuk Slot Sensasi.

Saya mewakili teman-teman Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) amat-amat 'berterima kasih' kepada pihak Melodi TV3 atas liputan yang cukup bernas berkenaan. Semoga segala kekurangan Maher Zain menjadi kekuatannya satu hari nanti. Maaflah jika Maher Zain terlalu lama bersolat subuh berjemaah di Masjid Besar Shah Alam menyebabkan beliau keletihan, 'tidur semula' dan 'lewat' untuk bangun tidur kemudiannya. Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah.

Semoga tahun baru 2011, Melodi TV3 terus sukses dan menjadikan para artis semakin selesa ditemubual, yang hampir-hampir bercerai akan semakin akrab dan berbaik semula dengan pasangannya, mereka yang sudah bercerai akan rujuk semula, mereka yang suka mengumpat akan insaf dengan perbuatan mereka, artis yang berpakaian sendat akan terus berjubah, artis yang minum arak akan bertaubat dan minum air milo ais, artis yang berposing di kolam renang akan berposing di kolam wuduk masjid, dan artis yang suka bangun 'lambat' dan tidak solat Subuh bangun awal serta bersolat Subuh berjemaah di masjid.

Nota :

Maher Zain tidak mengecewakan peminatnya. Buktinya, beliau telah hadir ke rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada hari semalam (1 Januari 2011) dan meminta maaf akan ketidakhadirannya ke rancangan berkenaan pada 26 Disember 2010. Dan beliau juga telah menyatakan berlaku miss communication yang menyebabkan beliau tidak hadir pada tarikh berkenaan. Lain kali, kalau nak bikin isu macam ni, sila tanya dulu kepada pihak pengurusan Nasi Lemak Kopi O, juga kepada pihak KMG Globalzone. Bukan terus terjah Maher Zain dengan soalan-soalan yang tidak masuk akal. Nasib baiklah rancangan di televisyen bercorak 1 hala sahaja, paparkan isu tanpa ada ruang untuk dijawab secara terus oleh mana-mana pihak. Kalau rancangan melodi TV3 persis laman sosial facebook, ada pro dan kontra, alamatnya tutup la fanpage kalian. Akan jadi seperti kes penayangan Iklan Aidilfitri versi Krismas yang lepas.

Nota tambahan :

Benar, publisiti untuk Maher Zain perlu di media, namun ia persis percikan bunga api. Nampak cantik bukan, tetapi percikannya menyakitkan..

Ikhlas dari :

Akhi Fairuz | Admin MZM-FC
Foto Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) - 'Terima Kasih' Melodi TV3, Moga Allah Memberkati Kalian | Facebook



Ini adalah surat pertanyaan terbuka kepada team Melodi. Semoga team Melodi boleh menerima baik segala kritikan membina daripada aku yang memang ikhlas nak maki hamun melodi.
Tujuan aku sound melodi neh tak lain tak bukan ialah sebab melodi telah fitnah maher zain dengan membuat vitie yang berniat jahat untuk menjatuhkan karektoristik maher zain. Vitie terbabit akan diupload kelak oleh admin maher zain fanpage malaysia. So ble dia dah upload nanti aku tumpang edarkan vitie terbabit lah.

Sebagai peminat2 lagu dakwah macam neh memang aku tak puas ahti cara melodi menfitnah dan menjatuhkan nama baik Maher Zain. Sedari seminggu yang lepas aku tengok melodi dan utusan berniat jahat dengan meletakkan tajuk2 yang berniat untuk membunuh peribadi maher zain. Aku tak tipu. Boleh tgk bawah neh, aku sempat captured meskipun internet aku ketika itu lemau nak mampus akibat jajahan maxis yang tak menyeluruh.



Dah nampak apa yang aku tayang? Untuk pengetahuan korang, bukan itu sahaja, menerusi group melodi aku
sempat printscreen satu kenyataan berniat jahat untuk memburukan imej maher zain. tgk sini


Boleh tengok jawapan daripada admin page maher zain sendiri kat sini berhubung isu di atas. Asas kepada rasa tidak puas ahti aku neh sebenarnya mcm neh ;

1. Melodi ada wat montage/preview pasal Maher Zain mungkir janji, buat vitie dengan muzik yg semacam boleh menimbulkan persepsi serong.

2. Tajuk dia plak tue agak panas.. mula2 dia kutuk Maher Zain besar kepala lah apa lah peh tue dia tanya Maher Zain neh bangun lambat ke apa? Apa dia ingat Maher Zain tak bersolat mcm dia ke? Ehh.. [enh ter-lepas cakap plak, kalau solat baguslah weh]

3. Dua tiga kali wartawan melodi dok ulang2 tak silap aku, Maher Zain mungkir janji la, bangun lambat, hipokrit lah, lebih kurang gitu tp mmg agak melampau lah kenyataan dorang tue sebab dorang dok wat vitie2 yg tak sepatutnya, sepatutnya ko tulis lah tajuk biar terang, mcm MELODI TANYA, ARTIS JAWAB ke apa ke, bolehlah kita terima neh tidak masuk2 vitie terus wat kenyataan panas yg boleh menimbulkan persepsi serong terhadap Maher Zain, ini boleh menyebabkan org bengkek ngan wartawan melodi even sebelum isu Maher Zain pun dah mmg ramai yang bengkek ngan melodi tue.

4. Memang Maher Zain jawab steady aku puji. Tapi masalahnya aku rasa wartawan melodi neh dah besar kepala, bangun lambat dan jarang di sound secara direct dan berapi.

5. So ini adalah salah satu kesempatan yang aku amek untuk sound team melodi tanpa tapisan kata2.

6. Selama neh aku tgk melodi mmg hebat wat citer2 utk merosakkan rumah tangga orang, daripada kes berpisah sampailah kes bercerai berai, maki hamun seme melodi cover atas nama peminat ingin tahu.

7. Pernah ke melodi wat review ataupun research at least secara online betul ke peminat benar2 ingat tahu kisah artis bercerai berai neh?

8. Nak naikkan rating? Ada mcm2 cara, aku rasa cara korang neh membuatkan rating melodi jatuh menjunam. Citer dia simple, ko siar aku tgk. Aku pun takde plan nak tgk, selalunya aku tekan2 tv ble tertengok rancangan melodi yang sedang terjah menerjah rumahtangga mmg aku tgk, siyes. Tak pun mcm contoh kes maher zain, aku tahu pasal korang wat propa menerusi tv3 time iklan so aku mmg tunggu sebab nak tahu korang kutuk maher zain apa.

9. Melodi korang wat citer pasal artis mmg hebat, tetapi kenapa korang tak terapkan unsur2 dakwah artis? Maksud aku, korang dah tahu artis berpakaian tak sopan dan sebagainya kenapa korang tak amek alternatif dengan dakwah artis2 tersebut? Setakat kutuk2 artis aku pun hebat, , malah lagi hebat dari melodi, tetapi apa yg aku dapat dengan kutuk mengutuk artis?Aku tak dapat apa, tapi kalau aku kutuk pun logic sense lah juga sebab aku tak deal dengan artis tue secara direct, ini berbeza dengan team melodi, korang berhadapan dengan artis tue so why not amek langkah mendakwahkan artis menerusi melodi? Aku rasa rating melodi mesti meletup2 berapi punya.

10. Pernah korang tgk rancangan gosip artis yg membawa pendekatan yg berbeza? Maksud aku pendekatan dakwah? Cuba jgn hanya pandai copycat rancangan2 mat saleh seperti mentor lah kamilah bintanglah apa kejadahnya semua2 tue yg aku tak hafal sangat nama2 rancangan tue, sebaliknya cubalah cipta kelainan sket. Macam aku katakan tadi, cuba mendakwahkan artis menerusi melodi, kalau takde idea boleh minta kat aku, aku ada banyak cara utk mendakwahkan artis2 kat malaysia neh samada mereka rela ataupun dipaksa, aku no hal.

11. Kesimpulannya kalau melodi nak wat citer, tolong wat citer dengan jujur. Korang wat citer2 propa utk naikkan rating buat apa? Benda tue ibarat korang jual fitnah utk dapat nama, apa fitnah tue adalah salah satu bentuk product masakini utk mencari rezeki ke?

12. Memang betul kalau korang nak kata aku terlalu membela Maher Zain pun aku no hal. Artis2 dakwah neh aku mmg suka dan sayang. Aku yg tak sayang artis2 mcm fasha sandha yang lebih banyak merapu, mengarut dan meroyan je.

13. So melodi kalau korang berani aku cabar korang jawab dengan kejujuran. Kalau setakat jawab depan tv berapi2, beria2 nak menang sampai mampus apa de hal? esok mampus mengadap Allah swt bukan mengadap tokey media prima yang bayar gaji korang. Heh

Melodi : Kenapa melodi fitnah maher zain? | Ameno World

No comments: