Thursday, August 20, 2009

Reader's Digest di Ambang Muflis

NEW YORK - Majalah terkenal, Reader's Digest mungkin dihentikan penjualannya di Amerika Syarikat (AS) setelah syarikat penerbitannya memfail perlindungan muflis.

Pelan pemulihan itu timbul ekoran kemerosotan edaran, kekurangan iklan dan hutang yang besar hanya untuk pasaran di AS.

Bagaimanapun, operasi di Kanada, Amerika Latin, Eropah, Afrika, Asia dan Australia-New Zealand tidak terjejas.

Reader's Digest diterbit sejak 1922, asalnya sebuah majalah yang meringkaskan artikel daripada penerbitan lain sebelum ia berkembang pesat. Syarikat itu kemudian membangunkan penerbitan lain dan disenarai awam pada 1990.

Jun lalu, majalah itu mengumumkan memotong jaminan edaran untuk pengiklan kepada 5.5 juta naskhah daripada lapan juta dan mengurangkan kekerapan kepada hanya 10 keluaran dalam setahun berbanding daripada 12 keluaran setahun. - Agensi