Wednesday, December 22, 2010

Uji Kualiti Keyboard Anda

Mau tau sebagus mana keyboard yang anda gunakan sekarang, tidak kira keyboard biasa, built in atau wireless? Ikuti langkah2 berikut:

1. Reply di thread ini.

2. Tekan dan tahan kedua kekunci SHIFT di keyboard.

3. Sambil tetap menahan kedua key shift tersebut, tulis ayat: "A QUICK BROWN FOX JUMPS OVER THE LAZY DOG".

4. Lihat tulisan yang terhasil di skrin.

*
Sebab mesti menulis ayat itu adalah kerana ayat tersebut memerlukan anda menekan setiap huruf, A- Z yang ada di keyboard.

H-S try ~>
~A QUICK BROWN FOX JUMPS OVER THE LAZY DOG~

A QUICK BROWN FO JUMS OER HE LA DOG
teruk keyboard laptop aku


# Sumber
http://www.ehoza.com
Ok PS3 JailBreak ni merupakan satu external hardware (macam pendrive) yang membolehkan kita main game PS3 (Blue-ray Disc) tanpa pakai Disc dah. Dan semestinya game2 yang kita main is Original sebab kita cuma copy game tu dan main macam ala2 PSP, senang crita game tu ada dalam HardDisk PS3 dah. Syok kan? Mesti la syok. Beli game pastu copy, abis copy jual kat Mudah (dengan harga berpatutan) pastu still leh men game tu walaupun disc dah di jual kan



Dan yang best lagi aku dengar, kat Low Yatt dah advance dah.. korang leh download game ape2 pon dengan harga RM20-30 je.. usih syok la kan, slalu harga game baru mau RM 170-220 / satu. ni RM 20 je... pastu siap korang leh pasang external harddisk plak untuk tampung data game korang. dan just bawa external Harddisk je untuk download game kat kedai2.

Senang crita, PS3 dah leh copy game... best kan? Ok aku kasi info ni lagi hot kepada peminat PS3. Kalo korang nak tau, kat sebelah barat dah famous dah menda ni. Siap ada wat demo/tutorial kat Youtube. Dasyat mat salleh no (nak tunjuk terror la kot HAHAHA ).
ni aku kasi mat salleh wat video tu:



Sebenarnya aku tak brani nak try lagi menda ni if takut apa2 jadi kat PS3 aku.. Kalau sapa2 penah try, kongsi2 la... tapi apa2 pon menda ni memang ditunggu oleh pemilik PS3 yang selama ni mengumpul hanya beberapa game dan sentiasa timbul rasa jeles kat Xbox 360 yang len men game pirate tu.

Kepada pemilik PS3, Yahoo kita dah leh men game Original + Murah + Graphic mantop + tak yah pakai Disc dah... HAHAHAHA

HidOp PS3

-credit to Gempak.oRg-

The Malay Chronicles: Bloodlines (Extended Trailer)

Tahniah kepada KRU Studio kerana berjaya menerbitkan filem yang setanding dengan filem-filem antarabangsa yang berada di luar sana. Ni sedikit trailer daripada cerita tersebut. Enjoy!

Wednesday, September 29, 2010

WINDOWS 3.1 AND WINDOWS 95 ON IPAD

Hebat betul hacker zaman sekarang ni. Apple pon dia hack , dimasukkan pulak windows lama kat dalam tu

Wednesday, September 22, 2010

Maksud di sebalik penarikan Iklan TV3

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? Klip video di dalam youtube juga telah diremove.












Gambar-gambar tersebut telah memperlihatkan pelbagai sudut tentang sebuah iklan yang membawa sejuta persoalan dalam minda beberapa orang yang berfikir. Walau apa jua tafsirannya, walau apa jua pandangan terhadapnya, walau apa jua tanggapan masyarakat tentang perkara ini, kita perlu sedar yang media tidak kira dari apa jua jenis medium penyebaran maklumat sedang di'main'kan oleh sesuatu yang tiada siapa sedari. Umat Islam perlulah berwaspada tentang apa yang dihidangkan kepada mereka melalui apa jua jenis input yang luas tersebar. Kesatuan fikrah penting untuk mewujudkan perpaduan yang kuat antara umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Pihak media di Malaysia khususnya perlulah berhati-hati ketika menyediakan sesuatu output yang berkaitan dengan agama. Bukanlah ingin menyalahkan, tetapi sebagai peringatan. Sesuatu yang sensitif kepada umat Islam seharusnya diambil berat seberat-beratnya.

Perkayakan ilmu kita dalam mengenal agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam. Mereka takkan berdiam diri sehingga misi yang mereka bawa tercapai. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

Bersatu menentang kebatilan!

Monday, August 2, 2010

The Real Superman! Layak untuk dianugerahkan pingat Hang Tuah

Dulu ada pingat Hang Tuah untuk kanak-kanak yang menyelamatkan seseorang, sekarang ada lagi ker?

Kita selalu tengok hero dalam filem dan drama tapi jarang yang jumpa yang real punya hero. Aksi berani mati seorang lelaki yang menolak van yang tersangkut atas rel keretapi sehingga hampir meragut nyawanya sendiri. Ini real pak! bukan lakonan.

berani mati @ isu hangat

Kopitiam ayam cucuk

Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.

Peagawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.

Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)

Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.

Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).

Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan

Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.

Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.

Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini

Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate

Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).

Dilanggani oleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;

Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.

Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.


Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses

Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)