Blog ini bukan blog yang serius. Aku tulis bila ada mood nak tulis. Better just subscribe RSS blog ni rather than dilawat hari-hari sebab aku bukan rajin sangat update.
Thursday, August 20, 2009
Reader's Digest di Ambang Muflis
Pelan pemulihan itu timbul ekoran kemerosotan edaran, kekurangan iklan dan hutang yang besar hanya untuk pasaran di AS.
Bagaimanapun, operasi di Kanada, Amerika Latin, Eropah, Afrika, Asia dan Australia-New Zealand tidak terjejas.
Reader's Digest diterbit sejak 1922, asalnya sebuah majalah yang meringkaskan artikel daripada penerbitan lain sebelum ia berkembang pesat. Syarikat itu kemudian membangunkan penerbitan lain dan disenarai awam pada 1990.
Jun lalu, majalah itu mengumumkan memotong jaminan edaran untuk pengiklan kepada 5.5 juta naskhah daripada lapan juta dan mengurangkan kekerapan kepada hanya 10 keluaran dalam setahun berbanding daripada 12 keluaran setahun. - Agensi
Tuesday, August 18, 2009
More Info About H1N1. More Detail
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.
Jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik.....akan 'bersih' dr virus tersebut.
Apa yg perlu tahu ?
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico .
Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.
Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.
Siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas
Simptom2
day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .
day 5 and above lung collapse @ koma
Langkah2 kawalan
1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.
Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.
Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'siadi Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.
Monday, August 10, 2009
Filem terbaru Khabir Bahtia, Setem
OMG!! Siapa yang tidak kenal Khabir Bahtia. Sebut sahaja filem seperti Sepi, Cinta dan juga drama Nur Kasih, semua pasti akan tabik Sping.
Khabir Bhatia kembali dengan filem yang lebih hebat, Setem! Tiada detail (yang ada cuma sinopsis) mengenai filem ini, yang pasti kalian boleh lihat sendiri dari trailer di bawah. Trailer saja sudah tabik spring, apa lagi filem!
Sedikit Sinopsis:
Sinopsis nyee Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya….
Pada tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai 2 juta ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem itu untuk menampung kos membeli tanah tapak rumah anak-anak yatim yang diuruskannya. Pak Ramli memerlukan RM 500,000.00. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang mendidik mereka di rumah anak yatim tersebut.
Namun, bukan sahaja Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium. Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.
Part peluru ala-ala Matrix tu memang mengancam! Sebuah lagi filem tempatan wajib tonton selepas Tale N Time dari Yasmin Ahmad. Pasti tiada yang kecewa seperti menonton filem dari Professor Klon, Razak Mohaideen.
FAQ on RON95 by Caltex
Chevron Malaysia has prepared the following answers to Frequently Asked Questions (FAQs) to help motorists understand the subject and know which petrol grade to choose.
What is RON?
RON stands for Research Octane Number and is a rating of petrol. It determines a petrol’s anti-knock quality or resistance to pre-ignition or detonation as it burns in the combustion chamber. Knocking is an abnormal condition during combustion and should be prevented as it can be damaging to the engine.
What petrol is currently sold in Malaysia?
Stations in Malaysia currently offer petrol products of RON92 (at Caltex stations, also known as Silver with Techron) and RON97 (Gold with Techron at Caltex stations). At the moment, vehicles which require RON95 or less use RON97.
What vehicle types are able to use RON95?
Most vehicles with petrol engines can use RON95. However, it is best to refer to the Owner’s Manual for the recommendation by the manufacturer of the vehicle model or, in some cases, check the label which is stuck on the back of the fuel filler lid which will indicate the minimum octane required.
Will an engine which has been running on RON92 be damaged when it is switched to RON95?
The main difference between RON92 and RON95 is the octane rating and using a higher RON will not harm the engine. However, it is best to choose the most suitable grade for your engine and this can be done by referring to the Owner’s Manual for the recommendation by the manufacturer of the vehicle model or, in some cases, check the label which is stuck on the back of the fuel filler lid which will indicate the minimum octane required.
Will an engine which has been running on RON97 be damaged when it is switched to RON95?
Using a petrol with a lower RON may or may not cause harm to the engine. If in doubt, it is best to refer to the Owner’s Manual for the recommendation by the manufacturer of the vehicle model or, in some cases, check the label which is stuck on the back of the fuel filler lid which will indicate the minimum octane required.
Should I empty the fuel tank before refueling with RON95?
This depends on the amount of petrol remaining in the tank. The less the amount, the faster the benefits of RON95 can be derived.
What will the effect on performance be if petrol of a different RON is mixed?
It is not recommended to mix petrols with different RON ratings as this might result in sub-optimal performance. For example, if the mixture contains a lower-than-recommended RON, then knocking might occur, accompanied by loss of power.
Should I always select the highest RON grade available for my vehicle?
The highest RON rating available may not necessarily be the best for your engine. The best thing is to refer to the Owner’s Manual for the recommendation by the manufacturer of the vehicle model or, in some cases, check the label which is stuck on the back of the fuel filler lid which will indicate the minimum octane required.
Does a higher RON rating indicate a more environment-friendly fuel? How about greater power?
The true difference between grades of petrol lies in an engine’s requirement. There is no guarantee of greater power or a more environment-friendly option as the number gets higher. This infers that cars using fuel with RON greater than what their engine requires may not be necessarily gaining better performance than if they adhered to the recommendations the manufacturer of the car has made.
What is the impact of RON95 usage on the environment?
At present, there is insufficient data to adequately prove that a higher or lower RON grade poses an environmental issue.
MENGURANGKAN PERBELANJAAN MINYAK PETROL :RON92 VS RON97
RON92 VS RON97
dipetik daripada Majalah Kereta Online
Pernahkah anda semua tertanya apa bezanya minyak RON97 dan minyak RON92.Walaupun beza harganya hanya RM0.10.Tetapi untuk jangka masa panjang atau pengunaan petrol yang banyak, perbezaan harga ini akan menjadi lebih ketara dan boleh mengurangkan beban anda.
Saya pasti kebanyakan dari kita akan mengunakan minyak RON97(RM1.80) dan tidak akan terfikirkan pon tentang RON92(RM1.70).
Ramai mengatakan minyak RON92 adalah minyak lama,hanya sesuai untuk kereta lama atau hanya untuk kereta yang menggunakan karburetor.Ada pula mengatakan minyak RON92 akan mengotorkan engine anda dan ada juga yang mengatakan minyak RON92 kurang berkuasa berbanding minyak RON97.Sebelum anda semua membuat tanggapan palsu,kita lihat apa maksud sebenar RON.
RON adalah RESEARCH OCTANE NUMBER dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine anda. Ini bermakna rating yang lebih tinggi iaitu 97 lebih susah untuk dinyalakan atau diletupkan manakala RON92 adalah lebih senang untuk dinyalakan.
Kenapa wujudnya minyak yang mempunyai rating tinggi?Minyak yang mempunyai RON yang tinggi pada asasnya direka untuk kereta yang berprestasi tinggi seperti kereta sport dan kereta lumba.Ini adalah untuk mengelakkan letupan pra matang;bermaksud letupan sebelum nyalaan spark plug,juga dikenali sebagai KNOCKING.Knocking boleh terjadi oleh beberapa sebab iaitu compression engine yang terlalu tinggi,nyalaan spark plug terlalu awal(advance ignition)ataupun campuran angin dan minyak yag terlalu panas.Kebanyakan kereta moden dilengkapi dengan Knock Sensor dimana ia akan mengesan fenomena knocking dan secara automatic akan melambatkan nyalaan spark plug(retard ignition) untuk mengelakkan nyalaan pra matang atau knocking.
Tetapi bukan semua kereta memerlukan Octane Rating yang tinggi.Kebanyakan kereta yang berada di jalan sekarang masih lagi boleh menggunakan minyak RON92. Apa yang perlu anda buat ialah rujuk buku panduan kereta anda untuk Rating Octane minimum yang boleh dipakai dan juga kereta anda perlu menggunakan minyak unleaded(tanpa plumbum) ataupun leaded(plumbum).
Selain di dalam buku panduan,anda juga boleh melihat stiker Octane Rating minimum di lid penutup minyak anda.
Dengan menggunakan minyak RON92 anda dapat menjimatkan duit anda dan ingat RON yang lebih tinggi tidak bermaksud ianya lebih berkuasa, tetapi ia bermaksud minyak itu lebih susah untuk dinyalakan dan setiap engine direka dengan minimum octane rating yang tersendiri.
So selamat mencuba.
Hingga 28,000 di M'sia mungkin mati akibat H1N1
Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.
|
* LANGKAH MENCEGAH
- KERAP BASUH TANGAN DENGAN SABUN
-BILA BERSIN ,BATUK,GUNA TISU,DAN BUANG TISU BILA DIGUNAKAN
- PAKAI TOPENG PELINDUNG HIDUNG,
-GUNAKAN SANITIZER ( PENCUCI TANGAN TANPA AIR)
-TISU BASAH(WET TISSUE)
Sunday, August 9, 2009
H1NI: Tiga lagi mati
Oleh ZULKIFLI MANZOR from Kosmo! Online
KUALA LUMPUR – Wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi mencatat tambahan sebanyak tiga lagi kes kematian sehingga semalam.
Ketiga-tiga kes tersebut melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, seorang kanak-kanak berusia satu tahun empat bulan dan seorang lelaki berusia 63 tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang kelmarin.
Saturday, August 8, 2009
Tanda-tanda Jangkitan Influenza A (H1N1)
INFO INFLUENZA A ( H1N1 )
Adalah penyakit sistem pernafasan akut yang diakibatkan oleh jangkitan virus Influenza A ( H1N1 ). Ianya boleh dijangkiti melalui titisan cecair daripada salur pernafasan pesakit yang dijangkiti semasa bersin, batuk, atau bercakap pada jarak yang dekat ( kurang 1 meter ) atau bersentuhan dengan permukaan / objek yang tercemar.
Antara tanda‐tanda penyakit ini adalah
1.Demam panas ( > 38 *C )
2.Sakit tekak
3.Batuk
4.Sakit badan / sakit kepala
5.Sesak nafas
6.Lemah tubuh badan / selera makan berkurangan
Rawatan
Rawatan penyakit ini adalah secara simptomatik. Ubat antiviral tertentu boleh membantu jika diberi pada peringkat awal jangkitan.
Sehingga kini, tiada vaksin yang boleh digunakan untuk mencegah jangkitan Influenza A ( H1N1 )
1.Tutup mulut dan hidung dengan tisu dan sapu tangan ketika bersin dan batuk
2.Cuci tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau menyentuh permukaan yang tercemar
3.Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah
4.Pakai penutup mulut dan hidung ( mask ) ketika dijangkiti Influenza A ( H1N1 )
5.Elakkan berada di tempat awam jika anda dijangkiti Influenza A ( H1N1 )
6.Elakkan dari melawat/melancong ke negara‐negara yang dilaporkan mempunyai kes-kes Influenza A ( H1N1 )
7.Dapatkan rawatan segera di hospital sekiranya mempunyai tanda‐tanda Influenza A ( H1N1 )
Untuk maklumat lanjut serta statistik-statistik terkini mengenai Influenza A ( H1N1 ) anda boleh lah mengunjungi Laman Web Rasmi Influenza A ( H1N1 ) Kementerian Kesihatan Malaysia.